Okey, KK disini... sebut keeejuuuu~
Lain macam pula KK rasa tajuk kali ni. Gimik saja :). Maksudnya, Pengalaman KK di perantaun. Tapi suka hati la KK nak tulis apa.
Berita gembira! KK baru saja beri jawapan 'terima' job offer kat company baru. So, harap kaki kencing doakan KK muga sukses selaluk yah~ Mungkin ni permulaan hidup baru la buat KK. Sejak balik dari Amsterdam ni, alahai asyik makan tido jek.. asyik makan tido makan jek tido jek..
Seterusnya, story telling sikit tentang Amsterdam. Dulu KK bekerja di bidang Entertainment. Tapi bukan tiger show dan sebagainya. Well, KK seorang bekas Sound Engineer a.k.a Jurutera Audio di sebuah syarikat hakmilik Universal Studios. 14 tahun KK disana banyak pengalaman dah KK lalui.
Gadis-gadis yang KK 'kenali' pon agak ramai tak terbilang, dan berbilang bangsa. Makanan, masakan lazat sekali!(tetap tak lupa sambal belacan & masakan ibu). Amsterdam kota yang indah lah kiranya bagi KK, mudahkan cerita. Matawang Amsterdam adalah EUR. Matawang malaysia MYR kalau tengok di Currency Exchanger berbanding EUR agak berganda beza nilainya. Berapa? Ntah lah sekarang.. sila Google yah!
Ok pernah satu ketika lah. KK kena kencing disana. Agak hancing juga lah. Waktu tu KK baru saja keluar dari bank. Cash kan cheque gaji untuk minggu tu(Gaji dibayar mingguan). Tak lah banyak kena kebas~ sebab KK sempat selit dulu dalam seluar dalam (hehehe..) sebagai langkah keselamatan. So, apa jadi?
KK nak story dalam Bahasa Melayu ni agak susah. KK ada tulis dalam diary dulu. Ni copy + paste dari diary KK. Lagi pun masa tak mengizinkan.
Dari diary KK:
'In recent years there have been many instances in which tourists were approach by people who — to them — looked and acted like police officers. The ‘officers’ — often from East-European countries, and dressed in uniforms obtained via the Internet — claim that they want to alert the tourists about the existence of fake Euros. They offer (or demand) to check their wallets, and then apply an exchange trick — after which the tourists are left with no money, or a bunch of fake Euros. Real cops will not ask to see your money.'
Haa.. itu artikel yang KK rekod dalam diary KK.. Gambaran macam tu lah.. Kalau nak tahu kisah seterusnya. Sila tinggalkan e-mail anda di ruangan ChatBox okey! KK story kat e-mail saja nanti. Semuga sukses yah!
'Hidup tidak bermakna jika dikencing hingga hancing, Hidup adalah untuk belajar mengencing tanpa basah'
@KK

Sebut keeeejuuuu~ Hehe. Ini Linda.. KK suka foto gajah yang ada di laman fotopages beliau. Sama comel gajah tu dengan Linda. Linda jangan marah KK ek.. hehe. Linda kena bangga la jadi 1st Icon koleksi gadis kasi banjir. Okay kalau nak tahu, Linda ni suka bergambar dan mengambil gambar. Mengikut kata Linda, gambar ni diambil ketika dia bercuti di London. Mungkin gambar ni diambil oleh ibu Linda. Comel kan? Pemandangan pon cantik.
Siapa nak tengok koleksi foto Linda, sila ke link ini
http://lindaroos.fotopages.com
@KK
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.
Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.
Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,
si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Artikel dari: http://www.psas.edu.my
Ada banyak lagi artikel-artikel menarik. Sila lawati ya! @KK
Satu artikel yang KK copy + paste dari satu laman blog. Tak tahulah KK betul ke tidak kisah tu.. KK agak simpati juga lah dengan nasib malang yang menimpa siapa ntah(KK baca sepintas lalu). KK pon dah terlupa kisah sebenarnya. Okay, jom kita baca sama-sama.. Chop! KK dah edit balik artikel ni(gaya penulisan oleh penulis asal dikekalkan) sebelum post sebab banyak typo lah, sikit-sikit kira halal aje lah. Cakap terima kasih tau kat KK. Okey jom! @KK
ADAKAH ANDA PENGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea, anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap.
Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Hi! Okay kaki kencing semua! Ada berita yang agak gembira nak saya kongsikan dengan anda. KK tau anda tak sabar dah tu.. Ada yang terjerit ada yang meracau tak tentu pasal, hilang adab sopan semua, terkangkang terkoyak. Itu semua senario yang sangat biasa kita lihat dan dengar. Macam Lisdawati pernah desak saya (sebelum beliau ceburi bida lakonan) 'KK cepat la kasitau kitee.. liz nak tau sangat ni berita gembira itu!' Okay, tanpa membuang masa. Apakah dia berita itu KK? Ya saya beritahu anda sekarang.. Peraduan Mencipta Logo KK.
Ha! Menarik bukan? Dah nama pon peraduan.. mesti ada hadiah kan? So tanpa menunjukkan 'kebodoh-sombongan' anda mari kita 'check it out' terlebih dulu hadiahnya... (Cam biasa la kan.. setakat Cadbury Chocolate atau Ribena Berry Drink siapa yang nak?)
Hadiah Utama:
12 x Televisyen Jenama Toshiba Saiz Paparan 39" Separa Automatik.
BERNILAI RM160,980.
Hadiah Tempat Kedua:
1 x Jam tangan Tissot Model J.Lo Series.
BERNILAI RM34,340.
Hadiah Tempat Ketiga:
10 x Trip Ulang-Balik, Trip Ulang-Balik, TTTTettt Trip Ulang-Alik Tiket Penerbangan AirAsia Ke Ikut Suka Hati.
BERNILAI RM6,000
Saguhati: -Tiada-
Catatan: Hadiah Tempat Pertama tak ada? Alahai, sekali Hadiah Utama la.. nak banyak2 tutup la server hosting KK ni nanti. =)
So, untuk maklumat lanjut atau tentang syarat peraduan. Sila e-mail KK ya! Peraduan ditutup bila mencecah 3 peserta. So, Jadilah yang terawal..
@KK